Dec 9, 2011

Mee Bandung

Ain Fajar | 5:39 AM | 0Comments |
assalamualaikum.

n3 kali ni, masih lagi makanan simple yang senang dan cepat tapi masih kekalkan keseleraan anak tekak sekeluarga..mee bandung yang saya buat ni versi arwah mak saya..macam biasala kan..dulu masa mak tukang masak kat restoren, inilah mee bandungnya..sememangnya mendapat permintaan pelanggan.
nampak menyelerakan kan...memang pun..hahaha sape nak puji kalau bukan diri sendiri..yang penting en.abg kenyang..ok tak leh citer banyak, jom layan resepi..

Bahannya : )
1 bungkus mee kuning (celur)
2 biji telur
kubis bunga
1 batang kecil lobak merah
3 putik anak jagung
1 pokok sayur sawi

10 tangkai cili kering *
5 biji bawang merah kecil *
2 ulas bawang putih *
2 sudu besar sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu besar kicap pekat
10 ekor udang sederhana besar
sedikit ayam (potong dadu)
1 cawan air ( + -)
gula
garam

cara-caranya :)
  • Blend bahan yang bertanda *. tumis hingga cili agak garing, masukkan ayam, sos tiram dan sos cili gaul sebati. perasakan gula dan garam
  • masukkan air dan masukkan sayur-sayuran tunggu hingga lobak lembut. 
  • masukkan udang dan sayur sawi. apabila udang berubah menjadi merah masukkan telur tunggu telur beku sedikit dan gaul sebati.
  • sebelum di hidangkan rasa gula dan garamnya mengikut citarasa masing2.
  • boleh dihidangkan besama mee yang telah di celur dan hias dengan daun sup dan bawang goreng jika suka..
selamat mencuba!!!

selamat mencuba..

Telur pedas

Ain Fajar | 5:07 AM | 0Comments |

Assalamualaikum.
Telur pedas ni menu masa saya study dulu..senang dan jimat kos dan masa. Goreng telur, pastu potong2 dan campak itu ini dah siap..yang penting kenyang perut dan boleh study dengan hati yang tenang..ye lah perut dah kenyang ape yang nak di hafal senang je nak masuk..saje lah saya letak resepi ni, mana tau ada anak bujang yang tengah study, tak pun anak dara yang baru nak cuba pegang sudip dan kuali..leh la try..bagi yang dah pandai macam chef tu pejam mate je lah yer...tak pun macam saya ni, makan untuk anak tekak sendiri dan malas pula nak masak so masak je macam ni..jangan tak caye mesti tambah punye lah..hehehe...
 layan mcm mn nak buatnya.
Bahannya : )
2 biji telur
2 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu makan sos tiram
5 sudu sos cili
Air secukupnya.
Gula dan garam secukupnya.

Cara-caranya : )

  • Goreng telur mata kerbau. Ketepikan.
  • Potong bawang putih, bawang merah, dan cili padi. Tumis bahan yang telah di potong.
  • Masukkan sos tiram dan sos cili.
  • Kacau dan masukkan air ikut kepekatan yang kita nak. Perasakan dengan gula dan garam.
  • Siap~!!!
Selamat mencuba!!
Kalau kawan2 rasa, mesti dorang cakap pandai toi ko masak kan...hahaha lawak2..





Sardin Jawa

Ain Fajar | 5:01 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..
Sardin Jawa? Ape yang best dan istimewanya..sebenarnya saya pandai2 je letak nama tu..bukan ape saya guna bahan asas yang selalu mak mertua saya guna untuk menumis..en.abg suka tumisan dari bahan asas tersebut..so saya try dalam masakan untuk sardin ni..saje nak cuba citarasa yang berbeza..ok jom intai resepi, mudah je tetap tak lari dari penyediaan sardin yang dah jadi lumrahnya lauk mudah sedia..

Bahannya : )
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
Sejemput ikan bilis
air (saya guna tin sardin tu je)
1 tin sardin saiz kecil.
1 sudu makan sos tiram
Minyak untuk menumis.

Cara-caranya :)
  • ·         Tumbuk bawang putig, bawang merah, cili padi dan ikan bilis hingga lumat . kalau nak senang blend je guna blender kering.
  • ·         Tumis bahan yang telah ditumbuk lumat hingga sedikit garing. Masukkan sos tiram kacau.
  • ·         Masukkan sardin dan air. Kcau sebati.
  • ·         Perasakan dengan gula dan garam.
  • ·         Dah siap! Boleh dihidangkan dengan nasi putih yang panas..memang terangkat.

Komen en.abg : “mmmmm sedap tak rasa macam makan sardin pun, lain kali buat lagi yer. Hari2 pun boleh”. Tak caye? Cubalah..
 
 Selamat mencuba!!!



ulang tahun

Ain Fajar | 4:55 AM | 0Comments |
Assalamulaikum.

Dalam bulan 12, banyak kenangan manis dalam hidup saya dan en.abg, selain menerima kehadiran c fina kami juga menyabut hari anivesary, masuk bulan 12 je genap juga hari pernikahan saya dengan en.abg..kiranya bila nak sambut beday c fina, mengingatkan juga tarikh kami di satukan..tahun ni genapla 5 tahun saya hidup bersama melayari alam berumah tangga menempuh suka duka bersama di samping dua orang cahaya mata..ape yang di harapkan kesabaran dan cinta kami berpanjangan hingga akhir hayat kami..walau ape pun terjadi kami harus bersama menghadapi setiap dugaan dengan tabah dan redho..aminnn...

Orang kate, lepas 5 tahun perkahwinan ada lebih banyak dugaan, katenye manis2 cinta semakin pudar, segala tingkah laku yang dulu tak tahu sekarang dah tau, wujud kekurang dari kelebihan..semua tu ketentuan ilahi..dugaan yang datang biasanya seiring dengan kekuatan diri..tapi bagi saya semua tu bergantung juga pada diri kita sendiri, terpulang pada cara kita untuk kekalkan manis2 cinta dan kasih kita antara pasangan..apa yang penting kita harus sentiasa ingat pada pencipta dan sentiasa berdoa kebahagian kita..memang semuanya dah tertulis tapi doa2 kita boleh mengubah segalanya.insya Allah.


12/2006 pada hari jumaat, kami di satukan
 2/12/2006 hari perkahwinan kami di pihak keluarga saya
 3/12/2006 hari persandingan kami bagi pihak en.abg
 Malam selepas kenduri, mcm biasala time bukak hadiah dan potong kek..(antara keluarga je)

nak citer pasal perkenalan kami sangat panjang..so lain kali je lah ek.



Happy Birthday to Syafina

Ain Fajar | 4:41 AM | 0Comments |
Assalamualaikum..

Dah bersawang dapur IT saya ni...maklumlah keadaan sangat tidak mengizinkan untuk saya update tiap hari seperti dulu..huhuhu...tapi walau mcm mn pun saya cuba juga untuk update sekerap mungkin..mesti ramai yang bosan nak singgah dapur saya ni, coz tak berganti cerita dan resepi..walau ape pun terima kasih la banyak2 coz sudi singgah sini..
Tanggal 2/12/11 yang lepas buat kedua kalinya saya dan en.abg menyambut beday syafina yang ke dua tahun..dalam sedar tak sedar dah genap 2tahun umur c fina..tak plan pun nak buat coz tak ingat..bukan ape tak sedar tarihk tu dah tiba, lagi2 la 1 hari bulan tu baru balik dari kampung..penat tak hilang lagi.
Ucapan selamat hari lahir buat anak ibu yang kedua, semoga adik menjadi anak yang rajin, bijak belajar , pandai mengaji dan menjadi anak solehah dunia akhirat..
Kami buat simple2 je.kek pun beli je, kesihatan ibu tak mengizinkan juga..janji ada kenangan..ok la tu! 

Cbuk juga c kakak pun nak tiup lilin sekali, dah macam sambut beday sesame plak..memang taime tiup lilin mesti sekali tak nak lebih kurang...suka hati la janji happy..
Tapi selepas c fina umur 2thn mesti dia tak berapa nak happy, sebab misi pertama ibunya nak memberhentikan c fina dari menyusu badan.ye lah dalam islam pun ada menyatakan “perlu menyusukan anak dari lahir hingga anak berumur 2 tahun” so fina kena diberentikan..bukan tak boleh nak terus menyusu, bukan ada adik lagi pun. Tapi tak adil la, dulu kakak 1 tahun 6 bulan dah terpaksa di berentikan sebab dah nak ada adik..kesian sangat kat kakak. Terseksa sangat nak berentiankan dia, panjang al-kisah proses memberhentikan kakak dari susu badan sebab dia tak nak langsung susu botol...kali ni..mmmm tak tau la berjaya ke tidak...nampak gayanya macam ok, waktu siang saya bagi susu botol nak tak nak dah lapar dia minum juga tapi kena naik buai..bila dah malam mmg susah dia nangis memecah alam semesta, susah nak tido pulak..pelan2 lah..

Dalam usia c fina menjangkau 2 tahun ni, ape yang dia dah pandai?..dah pandai cakap tapi pelat sikit, pandai mengacan/mengusik kakaknya..(suka kot bila kakaknya nangis), suka buli kakaknya..(mentang2 badan dia lagi gendud dari kakaknya), dah boleh kira 1-10, ngaji alif, ba, ta tapi tungang langgang la juga..nampak mcm dah besar tapi bila minta nenen tu nampak mcm baby lagi..walau mcm mn pun semoga c fina jadi anak solehah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...