Mar 20, 2012

Ayam paprik

Ain Fajar | 8:16 AM | 0Comments |
Assalamualaikum.
Hari nie buat menu nasi putih, ayam paprik dan telur dadar..semalam dah makan sedap so harini buat lauk simple je..hehehe baget...baget...barang skrg dah mahal.. feedback nasi ayam semalam dapat greed A..senyum en.abg..saya pun dah tentu berpuas hati bila orang puas hati, hati ku girang sebab perut pelanggan kenyang hati dorang punsenang..Alhamdulillah la harini kuantiti bertamabah..harap2 hari ni mereka tetap berpuas hati walaupun lauk simple..

kali ni persembahan bukan dari dalam polistrin..sebab ape? nanti akan di ketahui..inilah rupa ayam paprik saya..saya ikut suka je berdasarkan stok yang ada, tapi walaubagaimana pun rasanya tak lari dari rase ayam paprik. nak ikutkan saya rujuk kat buku resepi chef hanieliza, tapi banyak pula sos yang dah kehabisan stok semalam..nak g kedai tak sempat, so guna je lah mana yang ada..tak pe next n3 saya taip resepi asal chef Hanieliza lagi pula, chef buat see food paprik..nanti kalau saya buat see food paprik kita tengok plak resepi yang chef tunjuk..

ok jom kita tengok macam mana saya buat paprik ni..senang je..ramai yang dah tau buat..kan kan..tapi saje lah nak syer resepi, mana tau adik2 nak mencuba memasak..try masakan yang mudah dulu kan..k jom..

Ayam Paprik

bahan-bahannya : )
600 grm ayam (potong dadu, besar2 sikit)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 biji cili api
2 sb cili boh
2 sb pes tom yam
2sb sos tiram
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 batang serai
4 helai daun limau purut (letak lebih pun boleh)
sekeping asam keping
sedikit minyak 
air

sayuran ikut suke nak banyak mana.
lobak merah
kobis bunga
baby jagung
kacang buncis
bawang besar


Cara-caranya.
  • tumbuk bawang merah dan putih dan tumis hingga kekuningan bersama cili padi, halia dan serai yang telah diketuk.
  • masukkan cili boh, sos tiram, pes tomato serta gula, tumis hingga cili boh masak
  • masukkan ayam gaul rata dan masukkan air, tunggu ayam masak
  • apabila sudah mengelegak masukkan daun limau purut dan asam keping,
  • kemudian boleh masukkan lobak merah, baby jagung, bila dah empuk masukkan sayuran yang lain.
  • perasakan garam dan ajinomoto jika suka. sekiranya anda inginkan kuah yang sedikit hitam boleh masukkan sedikit kicap pekat.
  • bila sayur sudah empuk dan layu boleh la dianggkat dan di hidangkan dengan nasi putih.


haa ni la kejadiannya ayam paprik kat dalam polistrin..tak nampak kan, sebab saya bungkus dalam plastik supaya kuahnya tak kena pada nasi. nanti kebang pula nasi tu, kuahnya habis pulak, dah tak sedap nak makan. ni lah sebabnya saya posingkan ayam paprik saya dalam mangkuk..yang kat mangkuk tu saya punya hehe...
sedia untuk dibungkus dan di hantar kepada pelanggan..semoga mereka berpuas hati..hari2 berdebo ni, nak tau respon dorang..ye lah walaupun kita monopoli tapi kena la jaga selera pelanggan, tambah pula en.ang org pertama yang terima komen dari kawan2 sendiri..tak nak en.abg rase serbe salah.

oklah selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...