Aug 24, 2013

biskut red peal

Ain Fajar | 8:36 PM | 1Comments |
Assalamualikum

Biskut red peal nie, tahun kedua saya buat..sememangnya ianya mendapat sambutan yang hangat di kalangan keluarga saya..saya rase bikut nie ade potensi meletop di pasaran..nak buat sangat la senang..cuma bahan-bahannya agak mahal sedikit..berbaloi kalau bahan mahal rasenye sedap..tahun nie, en.abg tanye buat tak biskut kegemaran dia..saya curi juga masa untuk membuatnya..memang canik dan sedap..saya ambik resepi dari blog k.zakc blogger dari tawau sabah. tq kepada beliau, sekiranya ianya menjadi punca rezki pada saya tahun hadapan semoga allah murahkan rezki beliau seperti mana yang saya dapat..amin..

ini lah rupa biskut red peal saya tu..merah mak ngah..saje letak ceri besar..baru betul mutiara merah kan..hehehe..dah2 jom tengok resepi..saya copy je dari blog beliau..malas nak menaip..badan dah kebas2 huhu..

Bahan:
150g butter, suhu bilik 
150g tepung gandum 
75g gula kastor 
60g cornflakes 
50g coklat chips 
25g almond nibs 
1st esen vanila 
ceri merah, dihiris halus dan memanjang

Cara:

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati (ku guna whisk telur je. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter).
  2. Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu (ku guna whisk telur pastu malas ganti dengan garfu pula).
  3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper (ku guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)
  4. Sapukan kuning telur (kali ni tak buat, sebab buat separuh adunan. Masih lekat lagi cerinya walaupun tak letak) dan hias dengan ceri merah.
  5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi-tepi biskut agak keperangan (ku bakar 160C, 20minit gitu)

saya buat 4 adunan..dapat la 3 balang besar nie..jadi lah..janji ade..en.abg pun masa bulan puasa je dia makan, masa raya xsempat nak ngadap kuih2 raya nie..sibuk kesana kemari

biskut sarang semut

Ain Fajar | 8:27 PM | 0Comments |
assalamualaikum

Bikut sarang semut yang menjadi kegemaran saya, jadi bila musim perayaan saya mesti buat..tapi saya belum pun merasa biskut kegemaran saya nie, selera makan tu tak de..allah tarik sedikit nikmat..namun saya berpuas hati kerana dapat menyediakan kuih2 raya tahun nie.


resepi kali nie, saya olah sedikit dari resepi asal supaya ianya menepati citarasa saya.
asalanya saya copy dari blog k.hasue tapi ade sedikit je bahan tambahan saya..k jom tengok resepinya.


BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-bahan

 250g butter
 100g gula halus
 250g tepung gandum (diayak)
100g tepung jagung (diayak)
100 gm tepung kastard
50gm tepung susu1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
Chocolate rice/manik untuk hiasan

Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata ,tambahkan pewarna
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

selamat mencuba!

Soto madura

Ain Fajar | 8:14 PM | 0Comments |
Assalamualaikum.

Hari khamis yang lepas saya berpuasa enam. Bila puasa sorang2 nie tak terfikir nak berbuka ape xde kawan yang tolong fikir teringin nak makan ape..saya pun jalan2 ke blog kawan2 yang lain..macam biasa saya mesti singgah blog k.ita dulu sebelum jelajah ke dapur yang lain..masa tu k.ita post N3 soto madura..menurut k.ita soto madura nie merupakan makanan kegemaran keluarganya dan ianya sangat mudah di sediakan, bagi yang nak buat open haouse sempena syawal masih ade nie, memang soto madura adalah menu yang ringkas dan mudah di sediakan..memandangkan yang saya tak pernah makan soto madura nie, sebenarnya jumpa pun tak pernah hati saya melonjak sangat teringin ingin mencuba dan merasa keenakan soto madura seperti yang k.ita gambarkan.


Menurut k.ita, resepi soto madura nie k.ita ambil dari k.yatie sinar kehidupanku..bila saya tengok resepinya, memang ianya mcam mudah dan ringkas..saya terus je salin resepi dan dapatkan bahan-bahan di kedai..selepas asar terus mula operasi, selama 1 jam ianya siap..cuma nasi impitnya saya rebus dalam masa 3jam.



ok, jom semak resepi, kot la ade yang nak mencubanya.

SOTO MADURA
sumber : k.ita (masam manis) dan k.yatie (sinar kehidupanku)

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam belah 4
3 cawan air
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 batang serai di ketuk
2 kotak santan kara
1 sk lada sulah

bahan kisar:
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sb biji ketumbar
1 sk jintan manis
1/2 inci kunyit hidup / serbuk pun boleh
1/2 inci halia

bahan hiasan:
tauge celur
kacang tanah (sy tambah)
nasi impit
sambal kicap
daun sup


Cara-caranya:


  • rebus ayam yang telah di basuh dengan air hingga separuh masak.
  • ambil seketul ayam di gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng. (di siat2 untuk di tabur atas soto nanti)
  • ayam yang lain di potong kecil untuk di masukkan ke dalam kuah.
  • blend bahan kisar.
  • tumis bahan kisar bersama dengan kayu manis dan bunga lawang..goreng hingga naik bau.
  • masukkan ayam dan lada sulah..gaul rata.
  • masukkan air rebusan ayam tadi. boleh tambah air jika ingin kuah yang bayak.
  • masukkan garam dan gula mengikut citarasa dan selera anda.
  • bila dah mengelegak masukkan santan dan mesti di kacau selalu dengan api perlahan supaya minyak dah tak pecah.tutup api dan masukkan daun sup.
  • bila kuah dah siap, boleh sediakan bahan2 lain, seperti nasi impit, tauge celur, kuah kicap dan kacang goreng..bila nak makan baru tuang kuah..makan panas2 memang sedap..
  • macam lontong tapi tetap ade perbezaannya..nak tau kena la cuba buat sendiri..


selamat mencuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...